
|
|
beginikah hidup dan cinta ?
Monday, November 14, 2011 | 9:45 AM | 0 comments
"Kenapa nie ? Kau okay tak nie ? Risau aku tengok kau nie .""Aku okay jelah . Tak ada pape pun ." Aku tahu Ella cuba untuk sembunyi perasaanya . Tapi aku cuma ingin kepastian dan ini yang terkeluar dari mulut aku sendiri . "Kau dah tak sayang dia lagi ke?" Ah , soalan apa aku cuba sampaikan nie . Tapi aku ingin tahu jawapan dari mulut Ella sendiri . "Tak ." Hanya jawapan yang cukup ringkas yang keluar dari mulut Ella . "Kau nak jumpa dia tak ?" Aku cuba untuk ajak Ella pergi ketemu bekas kekasihnya . Mungkin hatinya tenang selepas berjumpa bekas kekasihnya dan mungkin Ella dapat terima hakikat ini . "Tak nak ." Aku tak dapat nak buat apa apa . Aku tahu hatinya cukup keras untuk tidak berjumpa dengan bekas kekasihnya . Aku tahu , Ella masih menyintai bekas kekasihnya . Ella yang aku kenal dulu bukan yang aku kenal sekarang . Ceria , suka ketawa , selalu hadir ke kuliah . Sekarang , Ella sangat berbeza . "Sampai hati Jai buat kau macam ini !" Tiba tiba entah kenapa aku terlalu emosional masa itu . Padahal kawan aku sendiri yang terima padah . Aku tak sanggup kawan aku yang sebelum ini ceria , gembira selalu , tiba tiba muram , menangis dan kerap duduk di dalam bilik . "Biarlah dia . Aku tak nak kacau hidup dia lagi . Aku rasa dia benci aku kot . Dah lah aku nak tidur ." Ella mengeluarkan earfone dari laci katilnya lalu mendengar lagu . Entah lagu apa dia dengar , aku sendiri tak tahu . Itulah rutin seharian hidup Ella . Duduk dalam bilik , dengar lagu . Entah apalah nasib Ella kali nie . Mungkin Tuhan menguji Ella samada dia tempuh dugaan ini dengan redha ataupun tidak . Aku cuma boleh katakan pada Ella untuk kuat semangat lepas nie . Banyak banyakkanlah ingat Allah . Dan jangan lupa ingat keluarga kita kat luar sana sebab kita masih di bawah jagaan mereka lagi . Mereka yang kat luar sentiasa menanti kejayaan kita . Cuti semester semakin hampir . Ella pula kadang kala pergi ke kuliah , kadang kala tidak . Ujian pertama Ella juga semakin merosot . Tak kan dia nak terus terusan begitu . Ella semakin lama tidak terurus . "Wei cuti semester nie kau nak pergi mana ?" "Alaa cuti seminggu je kan ? Duduk rumah jelah" "Tak kan duduk rumah je kot . Bosanlah !" "Habis kau nak pergi mana ?" "Hah ! Apa kata kita overnight . Dari Kuala Lumpur bergerak ke Port Dickson pastu kita lepak dekat Melaka . Lagipun kita tak payah nak check in hotel . Aku ada cousin aku stay Melaka . Nanti boleh stay up kat sana nanti . Kita ajak member kita yang lain . Itupun kalau deyorang nak ikutlah kan . Hee, jum! Apa kata ?" Aku harap Ella dapat ikut sekali . Semenjak bapa aku beri aku kereta , semakin liar aku jadinya . Tapi liar aku pun perpada pada juga . Aku tak mahu Ella macam ini lagi . Aku nak Ella dulu !! "Hmm aku ikut kau jelah . Aku duduk rumah nie pun macam bangang otak aku jadinya." "Hahahaha . Cun !! Nanti aku bawak Yati ikut sekali ." "Jangan lupa bawak Ijat dengan Nuar sekali . Barulah best merantau ! Hahaha ." Aku senyum bila melihat Ella ketawa . "Baik bos !" sambil ketawa . Dan pada cuti semester tersebut , kami gembira sentiasa . Jalan jalan , tenangkan fikiran , shopping tengok barang kejap , karaoke , bersyisya , makan makan , lepak , borak kosong . Inilah remaja kami . Sentiasa buat perkara yang "tak elok" tapi tak seteruk kat luar sana . Di kedai makan mamak , aku tengok , Ella mula berubah . Dia dah boleh ketawa . Aku tak sampai hati tengok dia menangis keseorangan di dalam bilik hanya sebab lelaki yang telah mencuri hatinya dan akhirnya luka hati di tengah jalan . Tiba tiba air mata aku berlinangan di pipi . "Kau menangis ke ?" Tiba tiba Yati mengejutkan aku . "Aku nak pergi ladies jap" Sampai ke ladies aku pergi ke sinki . Aku menghadap cermin . Air mata aku mencurah curah mengalir . Aku buka pili air , deras . Aku tak mahu orang luar dengar tangisan aku . Apa yang sedang mengahadapi oleh Ella sebelum ini sama seperti aku . Tapi aku , sehingga membabitkan keluarga aku . Dan ketika itu aku tabah menghadapinya . Aku keluar dari ladies lalu ke tempat meja makan , tempat kawan kawan aku lepak . "Kau kenapa ?" tanya Ijat . "Tak ada pape lah . Mata aku pedih masuk habuk tadi ." "Banyaklah masuk habuk . Tengah malam nie mana banyak kereta , apa kerw.."kata Nuar . "Bongok kau nie Nuar . Sepak kau kunk baru tau . " "Eh rilex lah . Nak bergaduh pun ajaklah aku sekali . Ye tak ?" gurau Ella . "Aku gurau jelah tadi Nuar . Kau jangan touching . Hahahaha.." kata aku Akhirnya semua ketawa . Haii , inikah namanya hidup di dunia ? Kadang kala kita di bawah , kadang kala kita di atas . Setiap musibah mesti ada pengajaran . Ambillah musibah itu dengan positif . Percaya pada diri , hidup kita lebih sempurna selepas itu :) *cerita di atas hanya rekaan semata mata . tak ada kena mengena hidup dengan mati . ini semua dari pengalaman saya sendiri . TQ sebab membaca entry saya tak seberapa ini :) God bless you all :D what's on my mind : baliklah rumah . mak ayah kau tentu risaukan kau :) |