
|
|
just read :')
Monday, October 24, 2011 | 8:56 PM | 0 comments
![]() Pernahkah korang tertanya - tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki ? Mungkin sebab korang sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis . Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah tetapi hanya apabila dia mula menyintai seorang lelaki , dia mula merendahkan egonya semata - mata kerana seorang lelaki yang dia sayangi . Apabila dia menangis di hadapan anda , Apabila dia menangis kerana anda , Pandanglah matanya , Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa ? Pernahkah anda cuba untuk memahami apa yang dia rasa ? Fikirkan Berbaloikah dia menangis di hadapan anda ? Hanya kerana anda ? Perempuan menangis bukan kerana dia lemah , Perempuan menangis bukan kerana kasihan atau simpati , Perempuan menangis kerana dia tidak mampu untuk menangis di dalam hati , Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan . Guys , Cuba ambil masa untuk berfikir , Jika si dia menangis hanya kerana anda , Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda , Kerana hanya anda tahu jawapannya . Fikirkan , Kerana suatu hari nanti ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal , Atau terlalu lambat untuk mengucapkan " maafkan saya " Guys , Kalau seorang perempuan menangis kerana anda , Janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan , Beradalah di sisinya , menemani dia , Kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda . Guys , Kalau seorang perempuan menangis kerana anda , Janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda , Kerana anda akan merosakkan hidup dia . Guys , Jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar benar yakin dan sedia untuk bercinta , Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara , Mudah bagi perempuan untuk berpura pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama , Tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya . |